CSSB labur RM105 juta promosi 11 lokasi pelancongan di Perak

TAIPING – Chuan Sin Sdn Bhd (CSSB), pengeluar air mineral jenama Cactus, melabur RM105 juta bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 selama setahun.

Kerjasama yang dijalankan bersama Tourism Perak itu bakal mempromosikan 11 lokasi pelancongan di negeri ini melalui pembungkusan eksklusif melibatkan tujuh juta katon air mineral jenama Cactus.

Pengarah CSSB, Dr Chuah Chaw Teo berkata, kerjasama yang dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) itu merupakan komitmen syarikat dalam menyokong Kerajaan Negeri Perak terutamanya dalam sektor pelancongan.

“Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami kepada ekonomi negeri dan mempromosikan lokasi-lokasi menarik di Malaysia secara amnya dan Perak khususnya.

“Kami amat teruja menjadi sebahagian daripada program ini dalam mempromiskan TMP 2024,” katanya pada sidang media sempena Majlis MoU di antara Tourism Perak CSSB sempena TMP 2024 di Spritzer Eco Park, di sini, pada Selasa.

MoU berkenaan dimeterai antara Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Chaw Teo sambil disaksikan Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Sementara itu, Sze Yee berkata, kerjasama pintar di antara kerajaan negeri melalui Tourism Perak bersama CSSB ini dilihat mampu mempromosikan sektor pelancongan memandangkan CSSB merupakan pengeluar air mineral yang terbesar di Malaysia bermula pada tahun 1989 di Taiping.

Ujar beliau, CSSB jug menggunapakai mesin bagi keseluruhan proses pembuatan botol tanpa dan sentuhan manusia dan semua proses ini mematuhi standard antarabangsa.

“Daripada aspek pelancongan pula, Tourism Perak amat berbangga di mana pihak CSSB akan melancarkan pembungkusan eksklusif dengan mengetengahkan 11 ikon pelancongan menarik di Perak.

“Antaranya adalah Kellie’s Castle, Gua Tempurung, Stesen Keretapi Ipoh, Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Menara Condong Teluk Intan, Pulau Giam, Pulau Pangkor, Royal Belum, Kapal Korek Tanjung Tualang, White Water Rafting Gopeng, Taiping Zoo dan Spritzer EcoPark,” katanya.

Sze Yee berkata, kerajaan negeri juga berhasrat jalinan kerjasama ini dengan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Pengeluaran pembungkusan eksklusif ini akan dipasarkan di seluruh negara termasuk di gerai dan kedai kecil.

“Kita sangat berbesar hati dengan sokongan diberikan CSSB kerana melalui kerjasama ini telah banyak membantu kerajaan negeri menjimatkan kos mempromosikan TMP tahun ini,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

TMP 2024 kembali semula selepas tujuh tahun

‘Perak GoGoGo’ dilancar, usaha tarik pelancong China

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI