Elaun atlet Perak naik antara RM50 hingga RM100 – Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah menaikkan kadar elaun atlet Perak pada kadar antara RM50 hingga RM100, menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja itu berkata, kadar baharu elaun tersebut telah dikuatkuasakan pada Oktober lalu menerusi persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.

“Kenaikan itu diperhalusi berdasarkan kepada peruntukan sedia ada jabatan dan mengambil kira fokus kepada keutamaan serta keperluan.

“Kerajaan negeri melalui MSN telah mengambil maklum beserta tindakan dalam mengkaji semula kadar pembayaran elaun ini,” katanya

Beliau berkata demikian pada Sesi Pengulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 bersempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khairudin berkata, kenaikan kadar baharu berkenaan membolehkan atlet sepenuh masa yang sebelum ini menerima RM200 dinaikkan kepada RM250 manakala atlet kita juara dan atlet potensi daripada RM150 kepada RM250.

“Bagi program podium Perak pula elaun atlet individu dinaikkan dari RM550 kepada RM650 hingga RM700 dan bagi kumpulan menerima elaun RM450 hingga RM500 berbanding RM350 sebelum ini.

“Bayaran elaun ini dibuat tiga bulan dari tarikh Sukan Malaysia (Sukma) dan berdasarkan prestasi semasa,” katanya.

Sementara itu, Khairudin berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan RM7.3 juta bagi perbelanjaan mengurus dalam menghadapi Sukma 2024 yang akan dilangsungkan di Sarawak pada Ogos tahun hadapan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MDPT kemuka permohonan naik taraf Stadium Mini Kampung Gajah

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI