Mangsa banjir di Perak kembali bertambah kepada 299 orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak kembali meningkat kepada 299 orang daripada 87 buah keluarga, melibatkan empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, jumlah berkenaan bertambah ekoran hujan lebat petang semalam yang menyaksikan kemasukan kembali mangsa banjir di daerah Hilir Perak.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, pertambahan mangsa banjir hanya melibatkan PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan, di daerah Hilir Perak manakala jumlah mangsa di tiga PPS lain masih kekal.

“Seramai 145 mangsa daripada 44 buah keluarga melibatkan 11 buah kampung di Teluk Intan di tempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak setakat jam 8.00 pagi pada Selasa.

“Manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap pula tidak menempatkan sebarang mangsa namun ia masih belum ditutup,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Sekretariat JPBN Perak berkata, jumlah mangsa di daerah Kerian kekal dengan 97 mangsa daripada 24 buah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak.

“Jumlah mangsa di SK Alor Pongsu dalam daerah Kerian juga kekal 57 mangsa daripada 19 buah keluarga melibatkan empat buah kampung,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatat ketinggian 4.10 meter berbanding paras normal 2.0 meter.

Katanya lagi, Sungai Kerian di Selama berada pada tahap amaran dengan mencatatkan ketinggian 12.21 meter berbanding paras normal 10.00 meter.

“Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula menunjukkan paras berjaga-jaga, dengan ketinggian 13.30 meter berbanding paras normal 10.00 meter,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir di Perak menurun

MGPerak: Situasi Banjir Genang Di Kampung Batu 9, Simpang 3 Changkat Jong, Teluk Intan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI