MGPerak: 10,000 Pengunjung Dijangka Meriahkan Fiesta Sungai Siput 2026

55

SUNGAI SIPUT – Seramai 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Perak dijangka hadir bagi memeriahkan Fiesta Sungai Siput 2026 yang diadakan di kawasan hadapan Gelanggang Bola Keranjang, di sini bermula 1 hingga 3 Mei ini.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, program itu dianjurkan melalui kerjasama strategik kerajaan negeri dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Perak (PCCCI) Cawangan Sungai Siput sera Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Menurutnya, penganjuran fiesta ini adalah kesinambungan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan industri pelancongan di daerah Kuala Kangsar yang sememangnya terkenal sebagai antara destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini