PARIT – Dua rakan nekad terjun parit bagi menyelamatkan enam sekeluarga dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Selama -Bagan Serai dekat Bagan Serai pada 24 Ogos lalu menerima penghargaan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.
Mohd Azwan Basirun, 38, bersama rakannya, Qairulizwan Zulkefly Amin, 31, berjaya menyelamatkan keluarga terbabit termasuk empat kanak-kanak daripada lemas di dalam parit di kawasan tersebut. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak