Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 sebulat suara tanpa dibahas, pada Selasa.
RUU yang dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu diluluskan pada Sidang DUN Perak selepas dibahaskan oleh enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan pembangkang.
Saarani berkata, pindaan itu adalah untuk memperkemas peruntukan undang-undang khususnya bagi memantapkan penguatkuasaan hutan dalam membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran serta meningkatkan pelaksanaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #sidangdunperak #saaranimohamad #RUUPindaanEnakmenPerhutanan





