MGPerak: Tapak Masjid, Surau Di Perak Diwartakan Sebagai Tanah Rizab Melayu

60

Kerajaan Perak menetapkan supaya semua tapak masjid dan surau di negeri ini dikeluarkan hak milik berdaftar serta diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memandang serius terhadap isu pemilikan tanah institusi rumah ibadat itu bagi menjamin kelestarian aset umat Islam.

Katanya, langkah itu merupakan pendekatan proaktif bagi mengelakkan sebarang pertikaian sempadan atau pertindihan hak milik sepertimana yang pernah berlaku ke atas Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #saaranimohamad #sidangdunperak #TanahRizabMelayu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini