IPOH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas permohonannya untuk menyertai semula parti itu akhirnya diluluskan.
Beliau berkata, permohonan untuk kembali menganggotai Amanah telah dikemukakan sejak tahun lalu, namun ia hanya dipertimbangkan selepas mendapat sokongan daripada kepimpinan parti di peringkat negeri dan nasional. – MGPerak





