IPOH – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memberi penekanan berterusan terhadap penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan usahawan Bumiputera sebagai langkah memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, ketika pandemik COVID-19 yang lalu, fokus utama diberikan kepada perniagaan digital kerana ia menjadi elemen penting dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan.
Menurutnya, pendekatan proaktif melalui latihan, bimbingan serta penerapan teknologi terkini akan terus diperkasakan bagi memastikan usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam era digital terutamanya sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini. – MGPerak





