IPOH – Program ‘Ipoh Bandar Muzik: Bulan Muzik’ menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara menerusi pelbagai acara yang berlangsung sepanjang Julai hingga pertengahan Ogos depan.
Pegawai Khas kepada Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Poon Sook Yee berkata, penganjuran itu merupakan usaha memperkukuh imej Ipoh sebagai bandar muzik selain merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat. -MGPerak





