Memorial Muzium Kapal Diraja (KD) Hang Tuah bukan sekadar projek pemuliharaan warisan, malah memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan sendiri sebahagian daripada sejarah pertahanan negara, di samping membuka lembaran baharu kepada pembangunan kawasan pesisir Lumut-Manjung.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi sentuhan dan perancangan yang betul, sebuah kapal yang dahulunya mempertahankan negara boleh terus berbakti dalam cara berbeza sebagai pusat pendidikan, tarikan pelancongan dan pemangkin ekonomi rakyat. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MuziumKDHangTuah





