MGPerak: Pemandu Kancil Langgar Kenari Positif Dadah! – ACP Mohamad Roy Suhaimi

327

Pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang mengakibatkan kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah Sabtu lepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan selepas pihak polis menjalankan ujian saringan air kencing terhadapnya pada hari sama.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini