Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberi makan kepada monyet kerana tindakan tersebut menjadi punca utama perubahan tingkah laku haiwan tersebut menjadi agresif dan bergantung kepada manusia.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Perak, Teh Kok Lim berkata, Kerajaan Negeri Perak menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengatur beberapa perancangan telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani masalah kacau ganggu haiwan tersebut.
Menurutnya, antara langkah yang diambil adalah mempergiat kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat dengan menyampaikan garis panduan pengurusan konflik hidupan liar kepada komuniti setempat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #sidangdunperak #gangguanmonyet





