MGPerak: Lebih 55,000 Terima Bantuan JKM, 732 KIR Keluar Miskin Tegar Di Perak

47

Seramai 55,514 individu dalam kalangan penerima bantuan telah menerima manfaat bantuan kewangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri Perak sehingga Mac tahun ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, keberkesanan program-program bantuan dinilai berdasarkan kepada beberapa aspek.

Katanya, ia termasuk keupayaan memenuhi keperluan asas, peranan bantuan sebagai sokongan sosial dan alat pemulihan, serta tahap pengurangan kebergantungan penerima terhadap bantuan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #sidangdunperak #KIRMiskinTegar #JKMPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini