Kerajaan Negeri Perak sedang memberi tumpuan kepada ekonomi jingga atau ekonomi penjagaan (care economy) sebagai persediaan menghadapi perubahan demografi memandangkan negeri ini antara yang terawal memasuki fasa masyarakat menua di Malaysia.
Berdasarkan data semasa, Perak telah mencapai status negeri menua lebih awal apabila lebih 15 peratus daripada kira-kira tiga juta penduduk kini berusia 60 tahun ke atas.
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, negeri ini telah melalui beberapa fasa ekonomi iaitu ekonomi biru, ekonomi hijau, ekonomi ungu dan sekarang sedang menumpukan perhatian kepada ekonomi jingga. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #saaranimohamad





