MGPerak: Perak Kaji Wujudkan Pelan Simpanan Stok Makanan

31

SUNGAI SIPUT – Kerajaan Negeri Perak komited memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dengan merangka pelan simpanan stok makanan yang kini sedang dalam peringkat kajian.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Mohd Zolkafly Harun berkata, pelan itu juga sebagai langkah memastikan bekalan makanan mencukupi bagi tempoh jangka panjang susulan ketidaktentuan ekonomi global.

Menurutnya, perancangan ini merangkumi penyediaan stok makanan asas seperti ikan dan beras bagi tempoh enam bulan hingga setahun dengan penglibatan pelbagai peringkat termasuk negeri dan daerah. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini