MGPerak : Perak Peroleh RM800,000 Hasil Pembangunan Struktur Telekomunikasi Atas Tanah Kerajaan Negeri

80

Perak memperoleh pendapatan RM800,000 hasil daripada pembinaan dan pembangunan struktur telekomunikasi di atas tanah milik kerajaan negeri dalam tempoh tahun 2023 sehingga April lalu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, ia diperoleh hasil daripada kutipan hasil tanah Kependudukan Sementara (TOL) Permit Khas, Permit Penggunaan Tanah Hutan serta Sewaan Tanah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurut beliau, usaha itu juga digerakkan melalui pusat sehenti (OSA) Agensi Penyelaras Infrastruktur Telekomunikasi (APiT) dengan kolaborasi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini