MGPerak: Perak Sejahtera 2030: MB Perak Zahir Penghargaan Peranan Media

311

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani menzahirkan penghargaan kepada pengamal media dalam menyebarkan maklumat mengenai Pelan Perak Sejahtera 2030 kepada rakyat Perak secara khususnya dan Malaysia amnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu turut menyuarakan rasa terhutang budi di atas peranan yang dimainkan pengamal media dalam membantu kerajaan negeri sejak pelan berkenaan diperkenalkan.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, kajian yang dijalankan oleh Institut Darul Ridzuan mengenai kefahaman rakyat terhadap pelan Perak Sejahtera 2030 menunjukkan peningkatan.

Jelas beliau, rakyat juga dilihat berusaha memainkan peranan masing-masing di dalam pelan berkenaan dan ia sekali gus membuktikan usaha kerajaan negeri semakin membuahkan hasil.

#malaysiagazetteperak #mgperak #mbperak #saaranimohamad #media #pelanperaksejahtera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini