Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh menyifatkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang diterimanya daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai pembakar semangat untuk merebut tempat di pentas Olimpik Paris 2024.
Manakala, juara dunia tiga kali berturut-turut sukan Muaythai , Mohammad Rifdean Masdor menganggap PJK yang diterimanya itu juga akan dijadikan sebagai penguat semangat untuk berentap di Bangkok pada Disember ini.