Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak kekal teguh dan stabil meskipun terdapat sebilangan ahli yang mengumumkan keluar parti dan ada yang menyatakan pendirian menyokong bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, selain itu pihaknya juga telah mengenal pasti menerusi hantaran pada media sosial sekitar 30 ahli parti termasuk dalam kalangan bekas kepimpinan yang dijangka akan membuat keputusan sama.
Walau bagaimanapun beliau berkata, perkembangan itu juga tidak menjejaskan kedudukan parti serta sebarang gerak kerja yang sedang giat digerakkan parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #PKRPerak





