MGPerak: Surau Al Karamah Hentikan Polemik, Fokus Bina Masjid Baharu

84

IPOH – Orang ramai diminta supaya menghentikan polemik berhubung surau lama, Surau al-Karamah Kampung Seri Keramat, Pasir Putih di sini yang dirobohkan baru-baru ini serta menerima keputusan yang telah dibuat dengan berlapang dada.

Pengerusi Surau al-Karamah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Pengkalan Pertama, Rosli Mhd Daud berkata, ini memandangkan setiap prosedur dan tindakan yang dilaksanakan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang serta saluran yang sah.

Sebaliknya, beliau menyeru penduduk di kawasan tersebut khususnya supaya terus bersatu hati dan menggembleng tenaga bagi merealisasikan pembinaan masjid baharu demi kepentingan masyarakat serta generasi akan datang. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini