Bukan sekadar tempat berjual beli, Pasar Pagi Sungai Bayor merupakan simbol keharmonian dan warisan masyarakat di Selama, Perak. Setiap pagi Jumaat, ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri membanjiri laluan sepanjang lebih 2 kilometer ini untuk mendapatkan barangan yang sukar didapati di tempat lain.
Sejak puluhan tahun, ia menjadi platform utama bagi pekebun kecil dan pengusaha industri desa memasarkan produk mereka secara terus kepada pelanggan.Meskipun zaman kian moden, konsep jualan tradisional di sini tetap menjadi pilihan utama pengguna kerana kesegaran produk dan harga yang berpatutan.
Keunikan suasana kampung yang masih terpelihara menjadikan ia destinasi ‘wajib singgah’ bagi peminat pelancongan domestik. – MGPerak





