Pandangan anak muda wajar beri refleksi pentadbiran kerajaan – Saarani

IPOH – Sesebuah idea dan pandangan anak muda sewajarnya memberi refleksi terhadap perjalanan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru idea-idea yang dilontarkan orang muda adalah manifestasi kepada pemikiran generasi masa hadapan.

“Kerajaan negeri sentiasa terbuka terhadap syor, cadangan atau saranan daripada orang muda.

“Ini kerana, semangat pembentukan dan pelaksanaan pelan strategik ini sememangnya berpaksikan kepada niat kita untuk mencipta masa hadapan yang cerah buat orang muda,” katanya.

anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Pembukaan Sidang Dewan Belia Perak Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sesi Keempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Dewan Belia Sesi 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Sabtu

Tambah Saarani, beliau berharap Dewan Belia akan menjadi platform bagi orang muda mengasah idea dan menajamkan pemikiran bagi menjayakan setiap agenda yang digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030.

anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak
Suasana Sekitar Angkat Sumpah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Dewan Belia Ke-4 Tahun 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

Menteri besar juga menzahirkan harapan agar semua perwakilan dapat melontarkan buah fikiran bagi memastikan setiap program yang dirancang akhirnya memberi limpahan manfaat kepada golongan muda.

Beliau turut mengingatkan agar mereka dapat membawa suara golongan muda di kawasan masing-masing dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang dipikul.

anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak
Suasana Sekitar Angkat Sumpah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Dewan Belia Ke-4 Tahun 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

“Mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa saudara dan saudari semua adalah pelapis kepimpinan negeri dan negara.

“Sebab itulah, saya percaya idea-idea besar yang dilontarkan anak muda melalui Dewan Belia ini sebenarnya akan mencerminkan rupa wajah Perak pada masa akan datang, bukan hanya pada tahun 2030, tetapi untuk tahun dan dekad seterusnya,” katanya lagi.

anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak anak muda generasi muda perak idea pentadbiran kerajaan Negeri Perak Dewan Belia Negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Dewan Belia Ke-4 Tahun 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

Dewan Belia Negeri yang dianjurkan sejak tahun 2016 itu bermatlamat melahirkan dan mengasah bakat dalam kalangan belia agar memastikan mereka mampi menjadi pelapis kepimpinan masa hadapan.

Selain itu, ia juga diwujudkan bagi menjadi platform kepada belia untuk menyuarakan pandangan, cadangan serta idea-idea baharu berkaitan pembangunan belia untuk dibawa kepada kerajaan negeri. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: Hampir RM1 juta untuk kukuh potensi belia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI