Penggunaan teknologi, pengurusan cekap perlu diperluas perkasa sektor pertanian

IPOH – Penggunaan teknologi masa kini serta kaedah pengurusan ladang yang lebih cekap perlu diperluaskan bagi memastikan sektor pertanian di negeri Perak terus berdaya tahan dalam mendepani pelbagai cabaran semasa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu penting bagi membantu petani dalam meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran serta menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

Teknologi sektor pertanian Perak teknologi pertanian Perak sektor pertanian Perak pertanian moden Perak automasi pertanian mekanisasi pertanian penggunaan teknologi dalam sektor pertanian automasi dan mekanisasi pertanian Perak produktiviti pertanian Perak kadar sara diri beras Perak Jabatan Pertanian Negeri Perak
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berucap pada Majlis Sanjung Budi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2026 Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 OGOS 2026.

“Kekuatan ini perlu terus dipertahankan ketika sektor pertanian berhadapan perubahan iklim, cuaca yang sukar dijangka, peningkatan kos input, kekurangan tenaga kerja dan gangguan rantaian bekalan.

“Bagi menjawab cabaran tersebut, penggunaan teknologi, mekanisasi, automasi dan kaedah pengurusan ladang yang lebih cekap perlu diperluas. Teknologi yang diperkenalkan mestilah membantu petani meningkatkan hasil, mengurangkan kos dan menyelesaikan masalah sebenar di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan pada Majlis Anugerah Budi 2026 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Jabatan Pertanian Negeri di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Khamis.

Teks ucapan tersebut dibacakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Turut hadir ke majlis, Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima pada Majlis Sanjung Budi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2026 Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 OGOS 2026.

Pada majlis, seramai 19 pesara dan 29 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diraikan sebagai tanda penghargaan jabatan atas sumbangan dan komitmen yang dicurahkan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dalam pada itu Saarani berkata, sektor pertanian kekal sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri dengan menyumbang 13.6 peratus kepada ekonomi Perak, selain menjadi sumber pendapatan keluarga tani dan penggerak pembangunan masyarakat luar bandar.

Menurut beliau, peruntukan sebanyak RM14 juta yang disalurkan kerajaan persekutuan dan negeri untuk sektor pertanian di Perak pada tahun ini juga dijangka memberi manfaat kepada 15,427 petani, usahawan tani dan pesawah.

Ujar Saarani, peruntukan itu perlu diterjemahkan kepada penyaluran bantuan, latihan, input dan teknologi yang berkesan supaya mampu meningkatkan produktiviti serta pendapatan golongan sasar.

Teknologi sektor pertanian Perak teknologi pertanian Perak sektor pertanian Perak pertanian moden Perak automasi pertanian mekanisasi pertanian penggunaan teknologi dalam sektor pertanian automasi dan mekanisasi pertanian Perak produktiviti pertanian Perak kadar sara diri beras Perak Jabatan Pertanian Negeri Perak
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika sesi bergambar pada Majlis Sanjung Budi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2026 Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 OGOS 2026.

“Antara hasil yang dapat dilihat ialah peningkatan Kadar Sara Diri (SSR) beras Perak daripada 93 peratus pada tahun 2024 kepada 112 peratus pada tahun 2025, sekali gus mencerminkan keupayaan pengeluaran beras negeri yang semakin kukuh.

“Pencapaian ini perlu dipertahankan melalui usaha meningkatkan hasil sehektar, memperkemas pengurusan sumber air, mengawal kos pengeluaran serta memastikan bekalan kekal stabil ketika berhadapan perubahan cuaca,” katanya.

Terdahulu Norsiyenti dalam ucapan berkata, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri mula menunjukkan hasil apabila pengeluaran tanaman makanan meningkat sebanyak enam peratus kepada 407,839 tan metrik pada tahun 2025 berbanding 385,621 tan metrik pada tahun sebelumnya.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun menyerahkan Kotak Kebajikan Jabatan Pertanian Negeri Perak kepada penerima pada Majlis Sanjung Budi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2026 Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 OGOS 2026.

Menurut beliau, sepanjang tempoh tahun 2025 hingga 2026, seramai 113,555 penerima mendapat manfaat menerusi pelbagai program promosi dan pembangunan sektor pertanian yang dilaksanakan jabatan itu.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 18,405 penerima menerima edaran anak benih kelapa, kopi dan buah-buahan, manakala 2,150 lagi menerima manfaat menerusi program pembangunan Kopi Perak.

“Selain itu, seramai 93,000 penerima turut menerima manfaat menerusi program pembangunan buah-buahan tempatan yang bertujuan menggalakkan pengeluaran hasil berkualiti serta meningkatkan pendapatan pengusaha sektor pertanian,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jabatan Pertanian Perak diminta kemuka cadangan bantu petani hadapi El Nino 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI