Presiden CUEPACS kesal kenaikan gaji dipolitikkan

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa semua pihak khususnya ahli politik tidak mempolitikkan isu kenaikan gaji penjawat awam yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, tidak wajar untuk ahli politik mencetuskan polemik dan kegusaran terhadap usaha yang baik dilakukan oleh kerajaan.

“Berita gembira yang diumum oleh YAB Perdana Menteri semasa sambutan Hari Pekerja tidak wajar dikaitkan dengan pilihan raya kecil yang sedang berlangsung ketika ini. Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei telah wujud begitu lama dan disambut saban tahun.

“Sambutan tersebut merupakan ruang untuk kerajaan mengumumkan sebarang usaha untuk meningkatkan kebajikan golongan pekerja termasuklah penjawat awam dan pekerja di sektor swasta,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, Adnan menentang usaha untuk menggagalkan hasrat kerajaan melalui penolakan sokongan di Parlimen.

Beliau yang kesal dengan pertikaian berkenaan berkata, ahli politik sepatutnya bersikap matang dalam memainkan isu-isu tertentu.

“CUEPACS menggesa kepada semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat, CUEPACS berpesan supaya janganlah emosi politik menguasai keputusan yang tidak memberikan sifat ihsan kepada kebajikan penjawat awam.

“Dalam hal ini CUEPACS amat konsisten untuk meneruskan perjuangan agar isu kenaikan gaji seperti yg telah diumumkan oleh YAB PM baru-baru ini dapat disokong sepenuhnya oleh semua pihak sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu mahu dibakar,” jelasnya.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan berkata kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri pada 1 Mei lalu sempena Hari Pekerja tidak memberi sebarang makna disebabkan kenaikan harga barangan ketika ini.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk meluluskan Belanjawan 2025 yang bakal terkandung usul kenaikan gaji penjawat awam.

Perdana Menteri bagaimanapun telah memberi jaminan usul berkenaan akan menerima sokongan ‘bergaya’ di Parlimen kelak.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Gaji penjawat awam naik lebih 13% bermula Disember ini

Perak sedia naik gaji kakitangan kerajaan negeri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI