Separuh akhir Piala Malaysia: Tiada kekecohan di stadium

IPOH – Suasana di luar perkarangan Stadium Perak, di sini terkawal meskipun skuad The Bos Gaurus tidak mampu menandingi Harimau Selatan apabila memperoleh keputusan 1-4 perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.

Tinjauan mendapati, petugas keselamatan terdiri daripada anggota dan pegawai polis serta Rela  mengadakan kawalan keselamatan terhadap penonton baik sebelum sepak mula pada sebelah petang, mahupun sesudah tamat perlawanan pada malam.

Selain itu, tiada sebarang kekecohan berlaku dalam kalangan penonton yang berada di stadium pada sepanjang perlawanan berlangsung walaupun penyokong tuan rumah sedikit hampa dengan keputusan malam tadi.

Gelagat penyokong Perak FC yang dirakam lensa Malaysia Gazette sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OKTOBER 2023
Sebahagian penyokong Perak FC yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan tuan rumah ketika perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OKTOBER 2023

Sebaik wisel penamat ditiupkan, seramai 21,613 penonton mula meninggalkan Stadium Perak dalam keadaan terkawal selain tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Pada masa sama, sukumpulan para penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT)  kelihatan meraikan kemenangan dengan paluan muzik dan sorakan sebaik sahaja keluar daripada pintu Stadium Perak.

Di samping itu, ada antara penyokong kedua-dua pasukan turut menunggu di pintu masuk utama bagi memberi sorakkan dan beramah mesra dengan barisan pemain sebelum mereka bergerak meninggalkan stadium dengan menaiki bas masing-masing sekitar jam 12 tengah malam.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan jaringan ketika menentang Perak FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OKTOBER 2023
Pegawai Polis memantau sekitar Stadium Perak sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OKTOBER 2023

Terdahulu JDT membawa bekalan yang selesa untuk ke Stadium Sultan Ibrahim nanti selepas menumpaskan Perak FC 4-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia pada Khamis malam.

Jaringan gol JDT dihadiahkan, Oscar Pasero Arribas pada minit ke-7,Arif Aiman Mohd Hanapi (minit ke-11), Shahrul Saad (minit ke-76) dan Nazmi Faiz Mansor (minit ke-81) sementara gol tunggal Perak FC dihasilkan Luciano Guaycochea pada minit ke-76. – MG Perak.

BACA SETERUSNYA: Separuh akhir Piala Malaysia: Penyokong diminta jaga kelakuan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI