STeP bantu 114,000 usahawan di Perak sehingga November 2023

IPOH – Seramai 114,000 usahawan di Perak telah dibantu kerajaan negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), dengan peruntukan berjumlah RM348 juta bagi tempoh Januari hingga November 2023.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program seperti Go Cashless n E-Commerce, bantuan one off, moratorium, Geran Khas Prihatin, skim mikrokredit dan pelbagai membantu peniaga-peniaga membina atau mengembangkan perniagaan, terutamanya selepas era pandemik.

Menurutnya, Geran Usahawan Perak atau GeRUP juga antara inisiatif yang memberi limpahan manfaat kepada usahawan di negeri ini.

“Sehingga kini hampir 900 permohonan usahawan telah diluluskan dan menerusi pelaksanaan Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan Dan Koperasi 2023 yang melibatkan 11 daerah turut memberi manfaat kepada lebih 200,000 usahawan.

“Pada Belanjawan Perak 2024, program-program usahawan akan terus diperkasakan dan STeP sendiri akan menerima pertambahan peruntukan menjadi RM1.3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Perak 2022 di Kinta Riverfront Hotel and Suites di pada Jumaat.

Saarani berkata, inisiatif keusahawanan di bawah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed juga menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata, kerajaan negeri buat julung kalinya telah memperkenalkan program pembangunan koperasi dengan dana permulaan RM1 juta.

“Pelbagai jabatan dan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang akan digerakkan bagi membantu memperkasa usahawan kita.

“Justeru, saya berharap kerjasama terus dijalin dan diperkemas agar agenda mengupayakan usahawan-usahawan Perak akan terus subur,” katanya.

Sementara itu, pada anugerah tersebut sebanyak 17 kategori dipertandingkan melibatkan usahawan-usahawan dari pelbagai latar belakang dari negeri Perak.

Anugerah Tokoh Usahawan Negeri Perak 2022 berjaya dirangkul Ahmad Zakaria Khalid pemilik syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd yang mengeluarkan produk minyak afiat di Kuala Kangsar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: RM1.3 juta untuk STeP sokong usahawan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI