Sultan Nazrin rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani

TANJUNG MALIM – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani di sini, pada Selasa. 

Hadir sama ke majlis perasmian, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Datuk Seri Huang Tiong Sii; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan Exco Kerajaan Negeri. 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis.

Majlis perasmian itu diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak iaitu ulang tahun ke-25 penubuhan INSTUN. 

Pembinaan Balai Cerap Tan Sri Harussani siap pada Julai lalu dengan menelan belanja RM7.086 juta itu merupakan balai cerap moden pertama di Perak. 

Balai cerap itu mengambil nama ‘Tan Sri Harussani’  sebagai mengenang jasa tokoh agamawan iaitu bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria dalam pentadbiran agama Islam, pengurusan fatwa dan falak syarie. 

Selain itu, balai cerap berkenaan berfungsi  sebagai pusat perkembangan dan perkongsian ilmu falak kepada semua peringkat lapisan masyarakat. 

Sekitar perkarangan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ia turut dilengkapi dengan antaranya ruang pameran, galeri, ruang cerapan, kubah cerapan serta teleskop utama.

 Untuk rekod, Balai Cerap Tan Sri Harussani merupakan balai cerap yang kedua bagi Negeri Perak selepas di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Batu, di  Manjung.

Sementara itu, majlis perasmian itu turut meraikan penubuhan INSTUN yang telah berkembang sebagai sebuah Institut Latihan Awam (ILA) khususnya dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan sejak ia ditubuhkan pada 1 Mei 1998.  – MGPerak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI