TMP 2024: MDKpr perkenal pelancongan gastronomi sebagai nilai tambah

KAMPAR – Majlis Daerah Kampar (MDKpr), memperkenalkan nilai tambah kepada Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 bagi daerah berkenaan melalui pelancongan Gastronomi selain tumpuan utamanya dalam eko pelancongan.

Yang Dipertuanya, Ahmad Suqairy Alias berkata, MDKpr dengan kerjasama Tourism Perak dan pengusaha makanan Kelapa Leleh Kampor mengambil inisiatif melalui Program Bikers Trail bersempena sambutan Ambang TMP 2024.

Beliau berkata, fokus utama Daerah Kampar di dalam TMP 2024 adalah eko pelancongan, namun pihaknya menyedari ia memerlukan nilai tambah bagi menarik kedatangan pelancong ke daerah itu.

“Seperti yang ditetapkan di dalam Perak Sejahtera 2030, produk yang ditetapkan bagi Daerah Kampar adalah eko pelancongan, tetapi ia tidak mencukupi.

“Jadi kerjasama strategik ini merupakan promosi yang komprehensif bagi sambutan TMP 2024 melalui pelancongan Gastronomi disamping meningkatkan statistik kedatangan pelancong ke Daerah Kampar,” katanya.

TMP 2024: MDKpr perkenal pelancongan gastronomi sebagai nilai tambah
Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Ahmad Suqairy Alias (empat dari kiri) pada Majlis Penyerahan Perak Bikers Trail sempena Sambutan Ambang Tahun Melawat Perak (MP) 2024 di Kelapa Leleh Kampor. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Perak Bikers Trail bersempena sambutan Ambang TMP 2024 di Kelapa Leleh Kampor, di sini, pada Rabu.

Turut hadir pada majlis berkenaan Orang Besar Jajahan Kampar, Datuk Abdul Talib Abd. Fahmi, Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Menurut Ahmad Suqairy, MDKpr sedang kiat menjalankan penjenamaan pelancongan daerah berkenaan dengan pemakaian penjenamaan perkataan daripada logo pelancongan ‘beYoutiful’ melalui program acara yang telah dijalankan sepanjang 2023.

Ujar beliau, MDKpr juga telah menyusun beberapa program acara bagi TMP 2024 bertaraf antarabangsa yang bakal dilaksanakan tahun hadapan seperti ‘Kampar River Festival’, ‘International Geopark Run (IGR)-Geopark Lembah Kinta 2024’ dan ‘Perak Geopark Endurance International Invitational Challenge 2024’. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Loken Kampar syurga kecil peminat barang antik, terpakai

Belanjawan Perak 2024: RM21.2 juta untuk TMP 2024

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI