Sebanyak 163 kes buli direkodkan berlaku di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri ini sepanjang tahun lalu dengan kes terbanyak dicatatkan di dalam kawasan sekolah.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, berdasarkan sistem sepadu Kementerian Pendidikan Malaysia kes buli di negeri ini terbahagi kepada tiga iaitu dalam sekolah, asrama dan luar sekolah.
Beliau berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak sebanyak 163 kes buli direkodkan berlaku di kawasan sekolah, 22 kes di asrama dan lima kes di luar sekolah. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #sidangdunperak #kesbulisekolah





