MGPerak: INSKEN Sasar Latih 50,000 Usahawan Tahun Ini

1

IPOH – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih seramai 50,000 usahawan pada tahun ini sebagai sebahagian usaha berterusan memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, sepanjang dua dekad lalu, INSKEN telah berjaya melatih kira-kira 160,000 usahawan di seluruh negara termasuk 25,000 orang pada tahun lalu.

Menurutnya, kerjasama strategik antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan INSKEN dijangka mampu memperluas impak pembangunan usahawan, khususnya melalui pelaksanaan Pusat Rujukan Inklusif Usahawan Madani (PRIME). – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini