MGPerak: ‘Sampah Itu Adalah Duit’: Manjula Bina Rezeki Keluarga Melalui Kitar Semula

94

DI SEBALIK timbunan botol plastik, besi buruk dan kotak terpakai, tersimpan perjuangan sebuah keluarga yang tekad menjadikan bahan buangan sebagai sumber pendapatan sambil membantu mengurangkan sisa pepejal melalui amalan kitar semula.

Berpegang kepada prinsip bahawa setiap bahan buangan mempunyai nilai, usahawan kitar semula, S Manjula, 42, membuktikan bahawa usaha memelihara alam sekitar mampu membuka ruang ekonomi yang mampan.

Perniagaan kitar semula di bawah syarikat Nhavin Enterprise yang diusahakan Manjula di Kamunting Jaya, Taiping itu bukan sekadar sumber pendapatan, malah menjadi perusahaan keluarga yang melibatkan suami dan anak-anak. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini