IPOH – Sebanyak 1,662 kenderaan telah diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 206 daripadanya dikenakan tindakan kerana dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas bagi tempoh dua hari pertama Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026 (Ops HRAA).
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, tindakan diambil atas pelbagai kesalahan yang melibatkan kenderaan persendirian, motosikal, kenderaan barangan, kenderaan perkhidmatan awam serta bas.
Menurutnya, sebanyak 510 Notis P22 telah dikeluarkan, manakala ujian saringan air kencing terhadap 53 pemandu didapati negatif. -MGPerak





