Pengiktirafan antarabangsa baharu yang diterima Lenggong sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark bukan sahaja membuka peluang ekonomi penduduk malah memanfaatkan produk tempatan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru itu pengiktirafan ini tidak boleh diambil mudah oleh semua pihak terutama sekali dalam sektor pelancongan.
Menurut beliau, pelancaran GeoUsahawan (GeoEntrepreneur) Lenggong UNESCO Global Geopark memberi peluang kepada usahawan untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan pelbagai kemahiran seperti komunikasi dan penyediaan perkhidmatan berkualiti. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #saaranimohamad #MBPerak #GeoEntrepreneur





