Seorang jurulatih kadet bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan amang seksual dan satu pertuduhan memiliki bahan pornografi melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.
Seramai 36 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) menerima insentif khas sebanyak RM1,000 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Perak mahu memastikan setiap dasar yang dirangka bukan sekadar mencatat kejayaan di atas kertas, sebaliknya ia benar-benar memberi kesan langsung kepada segenap aspek kehidupan rakyat.
Tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat atau dikenali sebagai ‘DAK’ dari Malaysia yang dipindahkan ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun, berada dalam keadaan baik dan dipantau secara berterusan oleh pakar veterinar serta penjaga haiwan yang berpengalaman.
Sukan tempur Muay Thai di Perak terus berkembang apabila penganjuran kejohanan seperti MIMAC Muaythai Championship di Taiping menjadi medium mencungkil bakat baharu serta membuka peluang atlet tempatan bersaing di peringkat lebih tinggi.
Infrastruktur dan kemudahan sekolah yang berkualiti memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar, termasuk di sekolah kawasan luar bandar.
IPOH - Bangunan baharu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak yang dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Meru Raya di sini, siap dibina dengan kos dianggarkan sebanyak RM58 juta.
Kerajaan Negeri Perak bersedia memberi bantuan khidmat kaunseling kepada keluarga Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan, Jumaat lalu.
Program Jualan Sejahtera Rakyat yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bukan sekadar membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup malah orang ramai berharap inisiatif itu diadakan lebih kerap di semua kawasan.
Inisiatif kerajaan negeri melalui penganjuran Pasar Sejahtera Rakyat Perak dilihat memberi kelegaan kepada orang ramai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi susulan krisis global yang memberi kesan kepada kos sara hidup ketika ini.