Dadah lebih RM18,000 ditemui dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan sejumlah dadah bernilai RM18,534 di lokap Balai Polis Lumut, Manjung, dekat sini, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel pada Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, anggota berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan susulan pemeriksaan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sekitar jam 8.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan tersebut, dua lelaki yang merupakan orang kena tuduh (OKT) berusia 40-an telah ditahan bersama rampasan pelbagai jenis dadah terdiri daripada methamphetamine, heroin dan kanabis.

“Rampasan melibatkan 16 bungkusan tiub plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 09.54 gram dan 16 bungkusan tiub plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 110.37 gram.

Dadah lebih RM18,000 ditemui dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin menunjukkan rampasan sejumlah dadah bernilai RM18,534 di lokap Balai Polis Lumut, Manjung, yang membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel pada Selasa lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 OGOS 2026

“Turut dirampas 23 bungkusan tiub plastik mengandungi bahan daun-daun kering disyaki dadah jenis cannabis dengan anggaran berat 142.31 gram dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM18,534,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Dadah dan Ketum Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di pekarangan parkir Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga tangkapan mendapati dua orang positif dadah jenis methamphetamine, manakala anggota polis terbabit negatif dadah.

“Kesemua tangkapan kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam hingga 18 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri antara tujuh ditahan terlibat sindiket pengedaran dadah, rampasan RM794,827

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI