Laman FB SPA Perak digodam

IPOH – Laman sosial Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak telah digodam pihak tidak bertanggungjawab sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh SPA Perak menerusi satu kenyataan yang disiarkan pada laman sesawang rasmi, pada Isnin.

“Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://spa.perak.gov.my/,” katanya.

Tinjauan MG Perak ke laman Facebook SPA Perak mendapati beberapa hantaran yang dimuat naik merupakan kandungan tidak ada kena mengena dengan badan berkenaan, malah mencurigakan.

Beberapa pengguna Facebook juga turut meninggalkan pertanyaan berhubung perkara itu di ruangan komen. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI