Secara dasar Kerajaan Perak tidak menyerahkan tanah kepada Persekutuan menerusi pelaksanaan undang-undang bagi pengurusan kawasan penempatan berkelompok di luar bandar iaitu Akta Penempatan Berkelompok 1960 atau Akta GSA 1960.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,sebaliknya pelupusan tanah dilaksanakan kepada peserta yang terlibat dan kerajaan negeri masih menerima hasil melalui Cukai Tanah Berulang.
Katanya, pelaksanaan akta itu merupakan kerjasama strategik antara kerajaan negeri yang menyediakan tanah dengan Persekutuan melalui agensi seperti FELCRA dan FELDA dalam penyediaan peruntukan pembangunan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #SaaraniMohamad #SidangDUNPerak #AktaGSA1960





