MGPerak: Enam Termasuk Lima Beradik Dituduh Rogol Berkumpulan Dan Amang Seksual

216

Empat lelaki termasuk tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, di sini, atas pertuduhan merogol secara berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di Gerik, bulan lalu.

Kesemua tertuduh berusia 23, 17, 16 serta 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Sementara itu, dua lagi abang kepada tiga beradik berkenaan turut didakwa atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 31 dan 25 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Rohaidai Ishak.

#malaysiagazetteperak #MGPerak

Artikel Berkaitan: 

Enam termasuk lima beradik dituduh rogol berkumpulan dan amang seksual

 

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini