MGPerak: Lebih 2 Juta Benih Ikan Dilepaskan Ke Perairan Perak

229

Sebanyak 2.41 juta benih ikan air tawar dilepaskan menerusi pelaksanaan 23 siri pelepasan di sungai, tasik serta lombong di seluruh negeri Perak pada tahu lalu.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, antara spesies benih ikan tempatan yang dilepaskan adalah seperti udang galah, ikan baung, kerai, temoleh, dan sebagainya.

Katanya, langkah itu bukan sahaja menyokong pemuliharaan sumber asli, tetapi turut memastikan kesinambungan industri perikanan darat yang turut membabitkan 1,893 orang nelayan darat di seluruh negeri. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #sidangdunperak #benihikanairtawar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini