IPOH – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan berkomunikasi secara seksual membabitkan seorang pelajar perempuan, minggu lalu.
Tertuduh, Gopinad Gulam Mohamad, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan selepas ia dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason. – MGPerak





