IPOH – Jumlah kerugian yang dialami mangsa dalam kejadian ribut yang melanda di beberapa kawasan perumahan di Bercham, di sini pada petang Jumaat lalu dianggarkan bernilai melebihi RM1.2 juta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow berkata, angka tersebut diperoleh berdasarkan anggaran kasar kerosakan yang direkodkan selepas kejadian yang menjejaskan lebih 200 rumah di kawasan berkenaan.
Katanya, berdasarkan maklumat terkini, jumlah mangsa yang terjejas juga meningkat kepada 1,131 orang melibatkan 438 keluarga setakat ini, berbanding anggaran awal iaitu sekitar 250 orang. -MGPerak





