MGPerak: Pemborong Didakwa Jual 10,920 Liter Diesel Kepada Syarikat Tidak Berlesen

198

Sebuah syarikat pemborong minyak diesel didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menjual barang kawalan berjadual iaitu 10,920 liter minyak diesel kepada syarikat yang tiada lesen atau kelulusan bertulis daripada Pengawal Bekalan pada November 2022.

Fullyee Petroleum PLT yang diwakili rakan kongsi, Yip Kian Yew, 54, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan sebagai pemegang lesen borong (No. Lesen PB0800018) didapati telah menjual barang kawalan berjadual iaitu 10,920 liter diesel kepada syarikat K2 Bitumen Sdn Bhd yang tidak mempunyai lesen atau kelulusan bertulis yang sah daripada Pegawai Bekalan.

#malaysiagazetteperak #MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini