MUDA Perak kecam tindakan aktivis PSM didakwa dikasari

IPOH – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Perak, mengecam tindakan anggota Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri mengasari seorang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) seperti yang didakwa parti berkenaan.

Ketua Penerangan MUDA Perak, T Ahvinraaj berkata, insiden yang mendatangkan kecederaan kepada Chong Yee Shan itu, disifatkan sebagai pelanggaran hak asasi manusia.

Beliau berkata, rentetan itu, MUDA Perak menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelaku.

“MUDA Perak turut menggesa pihak berkuasa supaya memberi kebenaran kepada para petani yang telah mula mengusahakan tanaman dan pertanian di kawasan berkenaan.

“Adalah penting untuk mengekalkan keselamatan makanan dan memastikan keperluan makanan mencukupi dalam tempoh yang penuh cabaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Ahvinraaj, pihaknya memberi sokongan penuh kepada PSM berhubung isu itu, selain meminta agar hak kebebasan bersuara dalam masyarakat berdemokrasi dapat diberi perlindungan.

Terdahulu, PSM dilaporkan menggesa  Pengerusinya, Dr Micheal Jeyakumar dan tiga yang lain dibebaskan selepas mereka ditahan sewaktu cuba menghalang pengusiran petani di Kanthan, Tambun, di sini, pada Selasa.

Tiga lagi ahli jawatankuasa PSM, yang ditahan adalah R. Karthiges; anggota Pemuda PSM Perak, P Kesavan dan seorang petani, Ho Pon Tien.

Setiausaha Agung PSM, A. Sivarajan dilaporkan mendakwa, Yee Shan, mengalami kecederaan pada bahagian mulut dan hidungnya selepas mendakwa ditolak oleh anggota PTG negeri di kawasan tersebut.

Menurutnya, bantahan itu dibuat selepas kerajaan negeri didakwa gagal menepati janji untuk memberi tanah gantian seluas 0.8 hektar untuk dipajak bagi tempoh 30 tahun. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PSM gesa bebaskan Pengerusi termasuk tiga yang lain

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI