Sidang DUN Perak kecoh disebabkan ‘konsert liar’

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan, Loh Sze Yee (PH-Jalong) dengan Ketua Pembangkang Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol).

Kekecohan tercetus apabila Razman membangkitkan pertanyaan mengenai pandangan penganjuran konsert ketika Sze Yee yang merupakan Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, berucap ketika sesi pengulungan.

Sze Yee sebelum ini memaklumkan kerajaan negeri tidak mempunyai halangan dalam pengajuran program bersifat hiburan selagi ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

Ujar beliau, justeru itu, penambahan peruntukan oleh kerajaan negeri akan diadakan bagi penganjuran konsert bertemakan kebudayaan selepas kejayaannya di Sungai Siput sebelum ini.

“Oleh itu, tiada keperluan untuk pemikiran sempit atau memainkan politik untuk memberi satu konotasi negatif dalam penganjuran konsert,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Sesi Pengulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 bersempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Razman yang juga Pesuruhajaya Pas Perak kemudiannya mencelah pengulungan Sze Yee dan mengajukan soalan berkenaan penganjuran konsert di negeri ini.

“Kita tahu Perak banyak produk pelancongan dan kalau diuruskan ia boleh menarik ramai pelancong tetapi pada pandangan saya kalau kita memberi tumpuan daripada kita mengadakan konsert liar, walau kita nampak ada nilai ekonomi,” katanya.

Sze Yee kemudiannya bingkas bangun dan memotong percakapan Razman dengan mengatakan ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berfikiran sempit.

“Itu yang saya katakan pemikiran sempit, kalau nak main politik saya minta maaf,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

90 acara pelancongan berlangsung sepanjang TMP 2024

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI