Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia tidak sama sekali akan menyokong atau mempertimbangkan berhubung cubaan memohon pengampunan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk terus memberi tumpuan besar kepada sektor pendidikan negara melalui penilaian keperluan terhadap peruntukan dasar dari semasa ke semasa
Sistem perekodan kokurikulum guru secara manual dihapuskan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik.
Keputusan Kabinet dalam membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melibatkan siri perbincangan yang berlangsung kira-kira 40 tahun yang lalu.
IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Jumaat. -MGPerak
Hampir 80 peratus pertukaran guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah melibatkan kategori guru duka lara, kata menterinya, Fadhlina Sidek.
Keadaan mayat yang berisiko mengembung serta dihanyutkan lebih jauh antara cabaran yang dihadapi pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pulau Pangkor di sini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang terlibat dalam insiden bot karam di perairan Pulau Pangkor diperluaskan ke kawasan membabitkan seluas 343.80 batu nautika persegi.
Kem Belia Kreatif (KBK) 2026 anjuran People of Remarkable Talents (PORT) menerusi Bengkel Perak Sejahtera 2030 – Strategi dan Pembangunan Kandungan Kreatif memberi pendedahan baharu kepada golongan muda yang berminat dalam bidang penciptaan kandungan digital. -MGPerak
Pencipta kandungan dan pempengaruh di negeri ini yang memiliki idea kreatif serta perancangan projek berpotensi boleh memohon Dana Kreatif Perak bagi mengembangkan kandungan digital serta hasil kreativiti mereka.