IPOH – Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu diberikan akses yang lebih luas kepada pendidikan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan, keusahawanan, aktiviti sosial, sukan dan kesenian bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi serta menyumbang kepada masyarakat.
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin berkata, golongan OKU tidak seharusnya dilihat hanya melalui keterbatasan atau kekurangan yang ada pada diri mereka.
Menurutnya, setiap individu mempunyai kelebihan dan cabaran tersendiri, justeru perbezaan keupayaan tidak seharusnya menjadi sebab seseorang itu diketepikan dalam kehidupan bermasyarakat. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





