Perak catat satu lagi pelaburan automotif dari China bernilai RM160 juta

IPOH – Pelaburan bernilai RM160 juta oleh syarikat automotif dari China, Yantai Yatong Precision Mechanical Technology di Tanjung Malim Hi-Tech Park dijangka merancakkan lagi landskap industri automotif negara khususnya di Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kunjungan delegasi kerajaan negeri ke syarikat tersebut di Changshu, Suzhou, China semalam memberikan petunjuk amat positif terhadap potensi pelaburan berkenaan.

Menurutnya, syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun itu merupakan pembekal komponen automotif kepada pelbagai jenama kenderaan terkemuka dunia.

“Mereka telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi serta bina kilang pertama mereka sendiri di luar negara dan memilih negeri Perak sebagai destinasi pelaburan.

“Dengan jumlah pelaburan bernilai RM160 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park, ia akan merancakkan lagi landskap automotif negara khususnya negeri Perak sebagai hub industri automotif serantau.

“InshaAllah, kita akan terus beri komitmen tinggi bagi memastikan pelaburan berkualiti terutamanya dari sektor automotif dapat ditempatkan negeri Perak sekaligus menjana peluang pekerjaan berkualiti kepada anak-anak tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Saarani kini mengetuai delegasi kerajaan negeri dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan ke China yang berlangsung dari 17 hingga 24 Mei ini, merangkumi beberapa sesi padanan perniagaan serta lawatan strategik berkaitan sektor automotif, bandar pintar, teknologi digital, pusat data dan tenaga hijau.

Terdahulu, syarikat pengeluar komponen automotif, Ningbo Fresh Technology Co Ltd yang berpengkalan di Nigbo, Zhenjiang, China turut menyatakan hasrat untuk meluaskan operasinya dengan melabur sebanyak RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak dijangka terima pelaburan RM263 juta, perkukuh hab automotif Tanjung Malim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI