Perak dijangka terima pelaburan RM263 juta, perkukuh hab automotif Tanjung Malim

IPOH – Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab industri automotif negara apabila dijangka menerima pelaburan tambahan bernilai RM263 juta daripada syarikat pengeluar komponen automotif, Ningbo Fresh Technology Co Ltd yang berpengkalan di Nigbo, Zhenjiang, China.

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, pelaburan itu bagi memperluaskan operasinya di Tanjung Malim Hi-Tech Park.

Menurutnya, Ningbo Fresh Technology sebelum ini telah mempunyai kilang pembuatan komponen automotif yang sedang beroperasi di Tanjung Malim.

“Delegasi Perak telah mengadakan kunjungan ke Ningbo Fresh Technology di Shanghai semalam dan syarikat itu menyatakan berhasrat untuk mengembangkan lagi operasi mereka dengan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park bagi pasaran tempatan dan eksport.

Perak dijangka terima pelaburan RM263 juta, perkukuh hab automotif Tanjung Malim
Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab industri automotif negara apabila dijangka menerima pelaburan tambahan bernilai RM263 juta daripada syarikat pengeluar komponen automotif, Ningbo Fresh Technology Co Ltd yang berpengkalan di Nigbo, Zhenjiang, China. Foto Facebook Saarani Mohamad

“Pelaburan ini dijangka mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta mempercepat pemindahan teknologi dan pembangunan bakat tempatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan strategik bagi industri automotif, teknologi tinggi dan pembangunan industri masa hadapan.

Kehadiran Ningbo Fresh Technology antara pelabur perintis di Tanjung Malim Hi-Tech Park secara tidak langsung memperkukuh pembangunan taman perindustrian itu oleh Setia Awan Group yang memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim sebagai hab automotif berteknologi tinggi negara.

Saarani kini mengetuai delegasi kerajaan negeri dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan ke China yang berlangsung dari 17 hingga 24 Mei ini, merangkumi beberapa sesi padanan perniagaan serta lawatan strategik berkaitan sektor automotif, bandar pintar, teknologi digital, pusat data dan tenaga hijau. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak teroka pelaburan RM200 juta projek tenaga hijau di Tanjong Tualang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI