Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sedang merangka pelan menyeluruh bagi pembangunan bola sepak akar umbi dengan memberi tumpuan khusus kepada pemain berusia 18 tahun ke bawah.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan hasil kompaun RM30.68 juta hasil pelaksanaan tawaran diskaun saman sebanyak 50 peratus, antara 1 November hingga 30 Disember tahun lalu.
Seramai 250 keluarga dari golongan miskin dan miskin tegar di negeri Perak menerima sumbangan Baucar Kelengkapan Persekolahan bernilai RM400 setiap satu menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2026 di bawah inisiatif Sejahtera MADANI.
Seorang pekerja ladang sawit terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada dua tuduhan mengedar dadah methamphetamin seberat lebih 77 kilogram (kg) membabitkan nilai lebih RM6 juta lima tahun lalu.
Cadangan kerajaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal mempamerkan komitmen kerajaan dalam mengangkat budaya politik baru dalam amalan demokrasi negara.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memutuskan parti itu kekal dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) sehingga hujung penggal.
Perak menyasarkan peningkatan kehadiran pelancong antarabangsa dari negara jiran termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura, selain wilayah selatan China, sebagai strategi utama merancakkan sektor pelancongan negeri itu bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.